Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan Lazada kini boleh ambil barang ditempah dari kedai 7-Eleven

Para pelanggan Lazada kini boleh mengambil tempahan mereka daripada cawangan-cawangan 7-Eleven merata Singapura dan tidak lagi perlu menunggu barang-barang dihantar ke rumah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan Lazada kini boleh ambil barang ditempah dari kedai 7-Eleven

(Gambar: Cathay Organisation Holdings)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 04:14PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 04:19PM

SINGAPURA: Para pelanggan Lazada kini boleh mengambil tempahan mereka daripada cawangan-cawangan 7-Eleven merata Singapura dan tidak lagi perlu menunggu barang-barang dihantar ke rumah mereka.

Khidmat baru itu akan ditawarkan di 159 kedai 7-Eleven mulai hari ini (18 Okt), dan akan diperluaskan kepada 350 cawangan lain menjelang hujung tahun ini.

Khidmat penghantaran 7-Eleven - yang dijalankan oleh Ninja Van - adalah percuma. Ini berbanding bayaran yang dikenakan sebanyak S$1.49 bagi khidmat penghantaran biasa dan S$2.99 bagi penghantaran ekspres ke rumah.

Berat bungkusan yang boleh dikirim dengan menggunakan khidmat 7-Eleven tidak boleh melebihi 5 kilogram. Maksimum lebar, panjang dan tinggi bungkusan juga adalah 80 sentimeter.

Ketua Pemasaran 7-Eleven Crispian Leong mengatakan khidmat ini memudahkan lagi para pelanggan yang sering membeli-belah secara online kerana seringkali mereka tiada di rumah untuk menerima barang yang ditempah. 

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan