Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan foodpanda boleh pilih katakan 'tidak' pada sudu-garpu pakai buang mulai tahun depan

Mulai Januari depan, para pelanggan syarikat penghantaran makanan foodpanda diberi pilihan untuk tidak mengambil sudu-garpu yang dipakai buang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan foodpanda boleh pilih katakan 'tidak' pada sudu-garpu pakai buang mulai tahun depan

Mulai Januari depan, para pelanggan syarikat penghantaran makanan foodpanda diberi pilihan untuk tidak mengambil sudu-garpu yang dipakai buang. (Gambar: Foodpanda)

Diterbitkan : 15 Dec 2017 10:28AM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 10:32AM

SINGAPURA: Mulai Januari depan, para pelanggan syarikat penghantaran makanan foodpanda diberi pilihan untuk tidak mengambil sudu-garpu yang dipakai buang.

Syarikat tersebut juga dalam perbincangan dengan rakan pembekal makanannya untuk menggantikan bungkusan makanan yang selalunya diperbuat daripada plastik dengan pulpa tebu yang dikatakan lebih mampan.

Foodpanda memberitahu Mediacorp bahawa kedua-dua inisiatif itu akan diuji di Singapura terlebih dahulu sebelum dilancarkan di 11 bandar Asia lain dan Eropah Timur di mana ia turut beroperasi.

Syarikat yang berpangkalan di Berlin itu ingin mengurangkan pembungkusan yang digunakan sedang perusahaan tersebut berkembang, kata pengarah pengurusan foodpanda, Luc Andreani.

Biasanya, rakan restoran foodpanda menyediakan sudu-garpu pakai buang manakala syarikat itu pula menggunakan bag kertas bagi penghantaran makanan.

Namun, ia tidak memantau jumlah sampah hasil bungkusannya itu.

Buat masa ini, ia sedang berbincang dengan 20 rakan restoran utamanya yang merangkumi separuh daripada tempahan syarikat itu. Ia untuk melihat sama ada mereka menyambut baik terhadap gagasan untuk bertukar kepada bungkusan makanan yang diperbuat daripada pulpa tebu.

Bungkusan alternatif yang dibekal oleh VitalWare itu baik untuk sekitaran tetapi lebih mahal.

“Cita-cita kami adalah untuk menyediakan bungkusan foodpanda yang mampan untuk menggantikan semua bungkusan restoran … dengan tiada harga tambahan,” kata Encik Andreani.

Awal tahun lalu, syarikat tersebut menggantikan beg plastik yang digunakan untuk penghantaran makanan dengan beg kertas yang diluluskan oleh Lembaga Pengawasan Hutan.

“Kami sedar akan kesan pembungkusan pada jenama kami dan pada sekitaran dan ingin melakukan sesuatu untuk menunjukkan (kesedaran) ini,” katanya. 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan