Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelancong tidak boleh dikecualikan daripada pemeriksaan imigresen, menurut MHA

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan bahawa Singapura tidak boleh mengecualikan para pelancong yang meninggalkan negara ini daripada pemeriksaan imigresen dan kastam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong tidak boleh dikecualikan daripada pemeriksaan imigresen, menurut MHA

Kenderaan di Koswe.

Diterbitkan : 11 Feb 2018 10:14AM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 10:21AM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan bahawa Singapura tidak boleh mengecualikan para pelancong yang meninggalkan negara ini daripada pemeriksaan imigresen dan kastam.

Respons tersebut menyusuli satu laporan oleh akhbar The Star semalam (10 Feb) bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengusulkan hanya satu pusat pemeriksaan di Koswe Johor.

Menurut usulannya, para pelancong yang memasuki Singapura akan diperiksa di sini dan mereka yang menuju ke Johor diperiksa di sana pula.

“Ini antara saranan yang dipertimbangkan oleh sebuah pasukan bertindak yang diketuai Timbalan Perdana Menteri (Malaysia),” demikian dikatakan PM Najib selepas sesi pertemuan dengan penduduk di Muar Jumaat lalu (9 Feb) menurut laporan tersebut.

PM Najib juga menyarankan sebuah laluan pejalan kaki berbumbung.

“Pemeriksaan pelepasan adalah bahagian penting dalam strategi keselamatan sempadan Singapura,” menurut MHA dalam responsnya kepada Mediacorp hari ini (11 Feb).

“Pemerintah Singapura akan terus bekerjasama dengan Malaysia untuk meneroka cara-cara praktikal lain untuk memudahkan perjalanan antara Singapura dengan Malaysia,” demikian menurut respons itu lagi.

Usulan PM Najib itu diajukan di tengah-tengah usaha kedua-dua negara untuk mengurangkan kesesakan di Koswe.

Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa levi kenderaan komersil di Link Kedua Tuas akan dijurangkan kepada RM50 (S$17) bagi kenderaan yang masuk dan keluar Malaysia mulai 13 Februari berbanding kadar antara RM100 (S$34) hingga RM200 (S$67) ketika ini.

Selain itu, bayaran tol di luar waktu sibuk bagi Link Kedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.

Juga pada Jumaat lalu, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata Singapura akan memadankan kadar tol di Linkedua selepas Malaysia mengumumkan pengurangannya.

Ia akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018 menurut Encik Khaw dalam catatan Facebook beliau. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan