Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan koridor hijau 6km diumumkan; hubungkan Kebun Bunga dengan Sungai S'pura

Kawasan Orchard Road mungkin menjadi sebahagian daripada "koridor hijau" sepanjang enam kilometer yang menghubungkan Kebun Bunga dengan kawasan Sungai Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2020 08:53PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 12:14AM

SINGAPURA: Kawasan Orchard Road mungkin menjadi sebahagian daripada "koridor hijau" sepanjang enam kilometer yang menghubungkan Kebun Bunga dengan kawasan Sungai Singapura.

Rancangan penyegaran semula kawasan Orchard itu didedahkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) di satu pameran pada Khamis (13 Feb).

Koridor hijau itu yang menganjur dari Kebun Bunga hingga ke Taman Bandar Pearl's Hill meliputi tempat-tempat bersejarah seperti Istana dan Taman Fort Canning.

Taman Istana juga akan diluaskan menjadi empat hektar dengan menghubungkannya kepada dua kawasan hijau sedia ada di Orchard iaitu Dhoby Ghaut Green dan ruang terbuka Penang Road.

Idea-idea lain bagi penyegaran semula Orchard Road termasuk mengadakan lebih banyak ruang umum di sepanjang tebing Sungai Singapura dan memudahkan lagi orang ramai untuk ke Fort Cannng.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan