Images
  • ros
    Rosalind Pho Li Ann. (Gambar: Instagram/rozpho)

Pelakon ‘Tanglin’ didenda, diharamkan memandu

SINGAPURA: Seorang pelakon wanita yang berpangkalan di Singapura didenda dan dilarang daripada memandu pada Khamis (10 Okt) kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Rosalind Pho Li Ann, pelakon berusia 36 tahun yang dikenali melalui wataknya dalam drama bersiri Tanglin, didenda S$1,750 dan dilarang memandu selama 15 bulan.

Warga Belanda dan penduduk tetap Singapura itu mengaku bersalah terhadap satu tuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada sekitar pukul 12.50 pagi di Holland Road pada 2 Okt tahun ini.

Menurut kertas pertuduhan, tubuhnya mengandungi sekurang-kurangnya 47 mikrogram alkohol bagi setiap 100 militer nafasnya, melebihi had 35 mikrogram.

Hukuman bagi kesalahan pertama memandu dalam keadaan mabuk adalah hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda antara S$1,000 hingga S$5,000.

Tempoh hukuman penjara bagi kesalahan seterusnya akan digandakan dan dikenakan denda antara S$3,000 dengan S$10,000.

Para pesalah juga boleh diharamkan daripada memandu sekurang-kurangnya setahun. 

- CNA/NA/na

Top