Images
  • dini
    (Gambar: SCDF)

Pelajar Sekolah Menengah Temasek selamatkan nyawa wanita setelah kemalangan bas

SINGAPURA: Seorang pelajar anggota Pasukan Kadet Pertahanan Awam Kebangsaan (NCDCC) menyelamatkan nyawa seorang wanita baru-baru ini dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang dipelajarinya daripada kumpulan beruniform itu.

Dalam satu catatan Facebook pada Rabu (4 Sep), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menyatakan bahawa Diniy Qurratuaini, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Temasek, sedang dalam perjalanan ke rumah apabila bas yang dinaikinya melanggar seorang pejalan kaki, sekali gus menyebabkan beliau tidak sedarkan diri.

"Tanpa teragak-agak, Diniy meminta seorang penumpang untuk menelefon 995 sebelum bergegas untuk memberi perhatian kepada wanita yang pengsan itu,' menurut SCDF.

Setelah memeriksa dan mendapati wanita itu tidak bernafas dan tiada degupan jantung, Diniy segera memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada wanita itu.

Wanita itu kembali sedar setelah CPR dilakukan beberapa kali.

Menurut SCDF, "Tindakan Diniy yang berfikir pantas dan tidak mementingkan diri sendiri membuktikan bahawa usia bukan penghalang bagi seseorang menyelamatkan nyawa."

Pelajar anggota kadet itu menemani wanita tersebut sehingga pasukan tindakan kecemasan SCDF tiba untuk menghulurkan bantuan perubatan lanjut.

- TODAY/NA/na

Top