Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar S'pura raih pencapaian cemerlang dalam pertandingan akademik antarabangsa

Pelajar Singapura cemerlang dalam beberapa pertandingan peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, mereka mencapai pengiktirafan tertinggi dalam subjek-subjek seperti fizik, kimia, matematik dan geografi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar S'pura raih pencapaian cemerlang dalam pertandingan akademik antarabangsa

Pasukan Singapura muncul juara dalam Kejuaraan Ahli Fizik Muda Antarabangsa yang ke-31. (Gambar: MOE)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 09:06PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:13PM

SINGAPURA: Pelajar Singapura cemerlang dalam beberapa pertandingan peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, mereka mencapai pengiktirafan tertinggi dalam subjek-subjek seperti fizik, kimia, matematik dan geografi.

Pertandingan-pertandingan, diadakan dari bulan Julai hingga bulan ini, dan berlangsung di pelbagai bandar merata dunia, menurut Kementerian Pendidikan hari ini (12 Jul). Para peserta merupakan pelajar daripada sekolah-sekolah tempatan termasuk Institusi Raffles, Institusi Hwa Chong, Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains serta Maktab Rendah Eunoia.

Di Pertandingan Ahli Fizik Muda yang diadakan di Beijing, pasukan Singapura muncul juara selepas mengalahkan 31 pasukan daripada negara dan wilayah lain.

Dalam pertandingan tersebut, para pelajar membentangkan hasil kajian mereka serta memberikan maklum balas membina mengenai hasil kerja pasukan lain, menurut MOE.

Dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa yang diadakan di Romania, pasukan Singapura menduduki tempat kelapan dalam senarai yang merangkumi pasukan dari 107 negara dan wilayah.

Pasukan itu menang dua pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa di acara tersebut, yang mencabar para pelajar untuk "menggunakan kemahiran menghuraikan tugasan yang diberikan di samping menbentangkan hasil kajian bagi menyokong jawapan mereka".

Satu lagi pasukan yang mewakili Singapura membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat perak dari Olimpiad Biologi Antarabangsa di Tehran, Iran.

Singapura menduduki tempat ketiga dalam pertandingan yang disertai 68 negara dan wilayah.

Bagi Olimpiad Kimia Antarabangsa yang ke-50 yang diadakan di Bratislava, Slovakia dan Prague, Singapura berjaya meraih dua pingat emas dan dua pingat perak.

Singapura menduduki tempat keenam dalam senarai pasukan dari 76 negara dan wilayah yang mengambil bahagian.

Di Olimpiad Fizik Antarabangsa yang ke-49 di Lisbon, pasukan Singapura menang empat pingat emas dan satu perak. Pasukan negara menduduki tangga ketiga. 87 pasukan dari negara dan wilayah lain menyertai olimpiad itu.

Dalam pada itu, pasukan yang mewakili Singapura di Olimpiad Geografi Antarabangsa yang ke-15 di Quebec City, membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Pasukan tersebut menduduki tempat kedua dalam peraduan yang disertai 43 pasukan lain.

Akhir sekali, pasukan Singapura meraih sebutir pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa di Olimpiad Informatik Antarabangsa ke-30 yang diadakan di Tsukuba, Jepun.

Singapura menduduki tangga kesembilan dalam senarai 87 pasukan yang menyertai pertandingan itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan