Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Politeknik Ngee Ann uruskan tanaman di taman Clementi Woods

Para pelajar Reka Bentuk Landskap dan Hortikultur dari Politeknik Ngee Ann tidak lama lagi akan mengendalikan tumbuh-tumbuhan hijau di Taman Clementi Woods.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2019 08:28PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 02:48PM

SINGAPURA: Para pelajar Reka Bentuk Landskap dan Hortikultur dari Politeknik Ngee Ann tidak lama lagi akan mengendalikan tumbuh-tumbuhan hijau di Taman Clementi Woods.

Projek tersebut dijadualkan bermula pada akhir tahun ini menyusuli inisiatif pertama "Student-Run Park" di Taman Bedok Town yang dikendalikan oleh 40 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Para pelajar ITE Kolej Timur mula mengendalikan separuh daripada Taman Bedok Town sejak Julai lalu dan ia meliputi kawasan seluas enam hektar.

Pelajar tahun kedua Nitec Lanjutan membantu mereka serta melaksanakan taman dengan ciri-ciri terapeutik dan mesra kanak-kanak.

Mereka juga dilatih untuk menggunakan mesin potong rumput robot serta kamera teleskop dan dron bagi pemantauan pokok-pokok.

"Kami dapat melaksanakan idea kami sendiri. Tidak ramai pelajar muda yang ingin belajar dalam bidang ini. Jadi saya harap dengan peluang yang diberi, saya akan lebih konfiden. Dengan pertolongan daripada pegawai Lembaga Taman Negara (NParks), Alhamdulillah kami dapat melaksanakan idea-idea kami." ujar seorang pelajar, Siti Noor Yanti Salleh.

NParks dan Persatuan Industri Landskap Singapura menyasarkan untuk meningkatkan kursus landskap ITE selain menyediakan lebih banyak latihan amali. Politeknik Ngee Ann juga akan menggunakan pendekatan yang sama.

Semua itu adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Sektor Landskap 10-tahun bagi memupuk generasi baru karyawan muda untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam sektor hortikultur dan ekologi.  

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan