Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar politeknik dipenjara kerana muat naik video seks rakan

Seorang pelajar politeknik yang memuat naik rakaman video, yang menunjukkan rakannya sedang melakukan perbuatan seks dengan seorang wanita, dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan dan didenda S$8,500 pada Rabu (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar politeknik dipenjara kerana muat naik video seks rakan

(Gambar: Lionel Bonaventure/AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2018 06:33PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 06:37PM

SINGAPURA: Seorang pelajar politeknik yang memuat naik rakaman video, yang menunjukkan rakannya sedang melakukan perbuatan seks dengan seorang wanita, dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan dan didenda S$8,500 pada Rabu (12 Dis).

Ng Swee Koon, 24 tahun, menerima video itu daripada rakannya, Yew Zhi Ying yang berusia 25 tahun, menerusi aplikasi WeChat.

Yew bertemu mangsa, 20 tahun, pada pertengahan tahun 2016. Mereka melakukan hubungan seks di rumah Yew, dengan Yew menyuruhnya memakai kain penutup mata sebelum melakukan perbuatan seksual.

Dia merakam perbuatan itu tanpa pengetahuan wanita berkenaan, dan menghantar video tersebut kepada Ng.

Ng kemudian memuat naik video itu ke laman Tumblr, di bawah nama pengguna 'Happyguy1994' pada suku pertama tahun lalu.

Mangsa membuat aduan polis pada April 2017 dengan mengatakan bahawa Ng dan Yew sebelum ini menganggunya dengan menghantar kiriman teks. Mangsa menambah beliau juga menerima kiriman mesej daripada individu-individu lain yang tidak diketahuinya, dengan salah seorang daripada mereka berkata bahawa nombor telefonnya dimuat naik ke laman Tumblr.

Seorang rakan mangsa juga memaklumkan wanita itu mengenai rakaman video yang menular di Tumblr, yang menunjukkan beliau sedang melakukan aksi seks bersama Yew.

Polis merampas telefon dan komputer riba Ng pada Jun 2017 dan menjumpai 17 klip video, yang diklasifikasikan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sebagai lucah.

Ng mengaku bersalah terhadap lima tuduhan, termasuk satu kesalahan di bawah Akta Perfileman dan melakukan hubungan seks dengan seorang individu bawah umur, dengan empat lain tuduhan dipertimbangkan.

Dia didapati bertemu mangsa kedua, yang pada masa itu hanya berusia 15 tahun, menerusi laman rangkaian sosial OkCupid pada Jun 2017.

Mereka bertemu pada bulan yang sama, di mana mereka melakukan hubungan seks di sebuah tandas yang terletak di sebuah taman di Tampines.

Mereka melakukan perbuatan yang sama di rumah Ng beberapa hari kemudian. Pada 29 Jun 2017, remaja perempuan itu dan bapanya membuat aduan polis dengan mengatakan beliau melakukan hubungan seks secara konsensual dengan lelaki itu ketika beliau berusia 15 tahun.

Pada awal bulan ini, Tumblr mengumumkan bahawa ia akan mengharamkan semua kandungan lucah di platformnya pada 17 Disember, mencetuskan bantahan daripada para penggunanya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan