Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar pendidikan khas singsing lengan reka bentuk beg cenderahati NDP 2018

Buat julung-julung kalinya tahun ini, beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini menampilkan hasil karya para pelajar sekolah pendidikan khas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jun 2018 03:24PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 08:44PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya tahun ini, beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini menampilkan hasil karya para pelajar sekolah pendidikan khas.

Bakat artistik 38 pelajar dari 18 sekolah dicungkil untuk menghasilkan reka bentuk pek NDP tahun ini yang berbentuk beg jinjing.

Hasil karya mereka memaparkan pemandangan seperti panorama bandar dan penduduk Singapura, serta harapan mereka untuk negara ini sempena ulang tahun ke-53.

18 desain dihasilkan, dengan nama-nama seperti Hutan Batu, Harmoni dalam Kepelbagaian dan 'Mao Shan Wang'.

"Saya sangat gembira sekali kerana Hari Kebangsaan tahun ini, kita menggabungkan para pelajar dari sekolah keperluan khas," kata Presiden Halimah Yacob hari ini (26 Jun).

"Ia sangat bermakna kerana... beg cenderahati ini akan diagih-agihkan kepada beribu-ribu rakyat Singapura. Ia menyebarkan mesej dan ia sangat mengharukan."

NURIN QURRATU'AIN HASILKAN DESAIN HUTAN BATU

Bagi Nurin Qurratu'ain Sukor, seorang pelajar khidmat hotel dan penginapan dari Sekolah Delta APSN, proses menghasilkan desain tersebut mengambil masa tiga sesi yang memerlukanya untuk menjadi "sangat teliti".

Pelajar berusia 19 tahun ini menghasilkan desain Hutan Batu. Beliau mula dengan membuat lakaran menggunakan pensel, sebelum menambah cat air berwarna merah dan biru, dan akhirnya menggariskan desainnnya menggunakan penanda hitam.

Qurratu'ain memilih Marina Bay Sands dan Taman di Pesisiran kerana ia mewarnai panorama bandar Singapura. Beliau juga melukis sebuah jet pejuang kerana ia mengingatkan beliau tentang NDP tahun lalu.

ISI BEG CENDERAHATI NDP 2018

Setiap beg cenderahati tahun ini mengandungi 22 barang, termasuk lampu suluh dan pelekat yang boleh digunakan para penonton untuk menyertai sama kemeriahan perbarisan itu.

Para penonton juga boleh menulis ucapan mereka pada pelekat-pelekat yang diberikan. Bahagian tepi pelekat itu berwarna merah dan putih dan akan digunakan untuk membentuk satu formasi di tempat duduk para penonton semasa acara NDP.

Dalam beg cenderahati itu juga ada majalah yang mengandungi beberapa fakta di sebalik NDP 2018, buku kecil yang menunjukkan semua 18 hasil lukisan pada beg cenderahati, kisah hidup para pelukis dan inspirasi mereka.

"Kami ingin mengajak semua orang untuk ikut serta," kata Pengerusi Logistik dan Kewangan Leftenan Kanan Kolonel Quek Yew Sing, yang menekankan tentang pelibatan para pelajar dari sekolah pendidikan khas yang sejajar dengan tema mewakili semua golongan masyarakat.

"Memandangkan ramai yang menginginkan beg ini, ia menjadi wadah terbaik untuk meningkatkan kesedaran di samping mengiktiraf bakat golongan muda kami."

Bagi makanan ringan yang disediakan dalam beg cenderahati pula, biskut Khong Guan dan kerepek kentang kuning telur asin akan dibekalkan. Muffin dan roti juga disediakan.

Keseluruhannya 252,000 beg cederahati akan diagih-agihkan di Pentas Terapung Marina Bay.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan