Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar palsukan transkrip politeknik untuk mohon ke UniSIM, SUSS, didenda S$5,000

 Seorang pelajar yang terdesak diterima masuk ke universiti untuk memenuhi kehendak ibunya mengubah transkrip politekniknya dan menghantar dokumen-dokumen yang dipalsukan dua kali kepada Universiti Institut Pengurusan Singapura (UniSIM). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar palsukan transkrip politeknik untuk mohon ke UniSIM, SUSS, didenda S$5,000

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 11:26AM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 11:28AM

SINGAPURA: Seorang pelajar yang terdesak diterima masuk ke universiti untuk memenuhi kehendak ibunya mengubah transkrip politekniknya dan menghantar dokumen-dokumen yang dipalsukan dua kali kepada Universiti Institut Pengurusan Singapura (UniSIM).

Apabila ia dinamakan semula sebagai Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 2017, sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula untuk menjadi universiti berautonomi Singapura yang keenam, Tau membuat permohonan sekali lagi dengan keputusan yang dipalsukan.

Menurut peguamnya, dia "menghadapi tekanan hebat" daripada ibunya pada waktu itu, yang dipercayai menghalaunya dari rumah kerana gagal diterima ke universiti.

Tay, kini 24 tahun diperintah membayar denda sebanyak S$5,500 di mahkamah daerah pada Khamis (19 Dis). Dia kini sedang menghabiskan pengajian di peringkat sarjana muda di SIM Global Education secara kerjasama dengan Universiti Birmingham.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan pemalsuan, dengan tiga tuduhan lain juga diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa dia menghantar sijil-sijil politekniknya yang palsu dari 2016 hingga 2017. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan