Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar NTU mati dalam bilik asrama

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) ditemui mati dalam bilik asramanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar NTU mati dalam bilik asrama

Asrama di 38 Nanyang Crescent. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 09:26AM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 09:28AM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) ditemui mati dalam bilik asramanya.

Dalam insiden pada Khamis (21 Feb) sekitar 7.00 malam di Nanyang Crescent, pelajar berusia 23 tahun itu ditemui "tidak memberikan sebarang respons" oleh rakan sebiliknya.

Pelajar itu disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF.

Ketua Bersekutu NTU bagi Kehidupan Pelajar, Profesor Kwok Kian Woon berkata pihak universiti sedang membantu polis dalam siasatannya.

"Kami difahamkan beliau meninggal dunia kerana mengalami masalah kesihatan," tambahnya.

"Kami amat sedih dengan pemergian seorang anggota muda dalam masyarakat universiti ini. Ingatan kami bersama keluarga dan sahabat-sahabatnya.

"Pihak Universiti akan cuba menghulurkan segala bantuan kepada mereka dalam mengharungi masa-masa sukar ini, dan meminta orang ramai supaya menghormati privasi mereka."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan