Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar dikejarkan ke hospital selepas 'jatuh dari tempat tinggi' di SJI

Seorang pelajar di St Joseph's Institution (SJI) dikejarkan ke hospital hari ini (22 Jul) selepas terjatuh dari tingkat tinggi di sekolah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar dikejarkan ke hospital selepas 'jatuh dari tempat tinggi' di SJI

Institusi St Joseph's. (Gambar: Facebook/SJI)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 05:38PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 05:39PM

SINGAPURA: Seorang pelajar di St Joseph's Institution (SJI) dikejarkan ke hospital hari ini (22 Jul) selepas terjatuh dari tingkat tinggi di sekolah tersebut.

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 38 Malcolm Road, iaitu alamat sekolah tersebut sekitar pukul 11.40 pagi.

"Seorang remaja lelaki terjatuh dari tempat tinggi dan berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital," menurut polis, sambil menambah pihaknya tidak mengesyaiki sebarang perbuatan berniat jahat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang individu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Dalam surat kepada ibu bapa yang dilihat oleh Mediacorp, Pengetua SJI Adrian Danker berkata berlaku satu "insiden" di sekolah, sambil menambah siasatan polis sedang dijalankan.

"Seorang pelajar cedera. Dia sudah dihantar ke hospital dan ibu bapanya ada bersamanya," tulis Encik Danker.

"Beberapa pelajar kami menjadi saksi insiden tersebut. Pasukan penjagaan pastoral dan kaunselor SJI sudah mendampingi mereka dan memastikan kesejahteraan mereka."

Beliau menambah: "Kami tahu anda akan berasa bimbang tentang kesejahteraan anak anda selepas insiden ini. Kami meminta kerjasama anda untuk memantau anak anda. Maklumkan kepada guru kelas jika anda melihat anak anda berduka cita atau memerlukan sebarang sokongan emosi dan psikologi."

Pengetua itu juga meminta bantuan ibu bapa bagi memastikan gambar-gambar atau video yang mungkin dirakam tidak dikongsi di mana-mana platform.

"Ini kerana siasatan masih dijalankan dan kami berharap untuk menghormati privasi pelajar terjejas dan juga keluarganya," tambah Encik Danker.

"Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami terus menjaga pelajar St Joseph dalam masyarakat SJI pada masa-masa mencabar ini dengan (langkah-langkah pengurusan selamat) tambahan. Pihak sekolah ada untuk memberi sokongan kepada anak anda."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan