Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar boleh bincang mengenai Asean dalam darjah

Para pelajar boleh mempelajari tentang Asean menerusi sains sosial, sejarah dan geografi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar boleh bincang mengenai Asean dalam darjah

Gambar fail para pelajar sekolah menengah di Singapura menggunakan alat mudah alih dan komputer riba. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 01 Mar 2018 03:16PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 03:18PM

SINGAPURA: Para pelajar boleh mempelajari tentang Asean menerusi sains sosial, sejarah dan geografi.

Mereka juga mempelajari tentang isu-isu sekitaran di rantau ini.

Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai cara sekolah-sekolah membantu para pelajarnya mendalami pemahaman tentang Asean.

"Khususnya tahun ini, kerana Singapura menjadi pengerusi sekretariat ASEAN, kami mahu mengambil peluang ini untuk mendampingi para pelajar.

"Untuk meninjau bagaimana mereka juga boleh mengadakan perbincangan dalam bilik darjah dan juga bekerjasama dengan MFA tentang bagaimana mereka boleh terlibat dalam proses ini," kata Dr Faishal.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan