Images
  • senoko fishery port
    (Petikan skrin: Google Street View) 

Pelabuhan Perikanan Senoko laksana penghantaran tanpa kontak, elak risiko COVID-19

SINGAPURA: Proses penghantaran tanpa kontak sedang dilaksanakan di Pelabuhan Perikanan Senoko sebagai sebahagian daripada langkah diperketat bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Agensi Makanan Singapura (SFA) memberitahu Mediacorp kakitangan penghantaran asing hanya boleh menurunkan barangan di kawasan khas tanpa berinteraksi dengan pekerja pelabuhan.

Pelabuhan Perikanan Senoko yang mengendalikan sekitar 4 peratus import makanan laut agak sepi pada pagi Selasa (20 Jul).

Para peniaga yang ditemui berkata ini kerana pelanggan mereka adalah penjual ikan yang gerai mereka kini masih ditutup akibat jangkitan dari Pelabuhan Perikanan Jurong.

Mereka juga menambah cabaran lain seperti saiz Senoko yang kecil dan langkah selamat yang ketat untuk memastikan jangkitan di kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong tidak berlaku di situ.

Ada juga peniaga yang menyebut tentang harga tinggi meskipun ada pembekal di sini.

Menurut pihak berkuasa, kolam-kolam ikan tempatan juga menyediakan sekitar 10 peratus keperluan makanan luar negara sejak 2019.

Di Pasar Chong Pang, perniagaan juga kelihatan agak lembab secara keseluruhannya.

Para peniaga di situ percaya orang ramai takut dijangkiti koronavirus itu.

Pihak persatuan peniaga menggalakkan para peniaga beralih ke wadah online.

Pihak berkuasa juga mengingatkan orang ramai yang ke pasar untuk mematuhi jarak selamat dan memanfaatkan SafeEntry.

LAPORAN BERKAITAN:

- CNA/RU/tq

Top