Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelabuhan kontena S'pura bekerjasama dengan firma perkapalan bantu atasi kelengahan kiriman bekalan

Pelabuhan kontena Singapura sedang bekerjasama dengan firma-firma perkapalan untuk membantu mengatasi kelengahan kiriman bekalan yang terjejas akibat sekatan di Terusan Suez.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2021 06:59PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:44PM

SINGAPURA: Pelabuhan kontena Singapura sedang bekerjasama dengan firma-firma perkapalan untuk membantu mengatasi kelengahan kiriman bekalan yang terjejas akibat sekatan di Terusan Suez.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kumpulan pertama kapal yang terjejas bakal tiba di sini, minggu ini.

Bagaimanapun sukar untuk menjangkakan berapa lama untuk menyelesaikan tunggakan, bergantung kepada permintaan dan bekalan sejagat.

Encik Chee menambah, Singapura sudah bersiap sedia menyediakan lebih banyak perlatan, pekerja supaya boleh membuat perancangan dengan firma-frima perkapalan.

Jika Singapura boleh melakukannya, Encik Chee berkata ia akan memberikan negara ini kelebihan sebagai hab pemindahan sejagat.

Beliau berkata demikian semasa lawatan bagi memberi penghargaan kepada pekerja-pekerja maritim yang memastikan pelabuhan Singapura kekal terbuka semasa tempoh pandemik.

Lukisan mural di Terminal Pasir Panjang dan Jurong Port dihasilkan beberapa kakitangan serta seniman tempatan.

Ia memaparkan peranan dan peralatan di pelabuhan.

Menurut Encik Chee, lebih daripada 25,000 pekerja maritim sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.  

Sumber : CNA/NZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan