Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerjaan utama sektor jualan borong bakal jalani perubahan 3-5 tahun akan datang

 Satu Peta Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi industri perdagangan borong disiapkan untuk membantu syarikat-syarikatnya membuat persiapan bagi meraih peluang-peluang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerjaan utama sektor jualan borong bakal jalani perubahan 3-5 tahun akan datang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 02:32PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 02:59PM

SINGAPURA: Satu Peta Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi industri perdagangan borong disiapkan untuk membantu syarikat-syarikatnya membuat persiapan bagi meraih peluang-peluang baru.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan lebih 80 peratus pekerjaan dalam sektor itu dijangka menjalani perubahan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Jenis pekerjaan yang dilakukan secara berulang mungkin digantikan dengan kaedah automasi.

Lantaran itu, bidang kerjanya perlu diluaskan untuk merangkumi lebih banyak tugas yang mempunyai nilai tambah.

"Kami menjangkakan permintaan bagi pekerjaan berkaitan ekonomi mesra alam juga meningkat. Ini termasuk jawatan seperti Pengurus Kemampanan yang akan membangunkan, melaksana strategi kemampanan korporat untuk memastikan amalan perniagaan sejajar dengan peraturan pemerintah," kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

"Pada masa yang sama juga meningkatkan tarikan perniagaan itu kepada pelanggan, pelabur dan rakan kongsi perniagaan."

Dr Tan berkata demikian semasa melawat syarikat pengedar IT tempatan, Ban Leong Technologies.

Syarikat itu menggunakan Program Penukaran Kerjaya (PCP) untuk melengkapi pekerjanya dengan kemahiran dalam bidang-bidang baru. Ini termasuk rantaian bekalan e-dagang.

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan