Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja SMRT boleh ikuti kursus bagi perkasakan kemahiran digital

Para pekerja kereta api dan bas SMRT kini boleh mengikuti satu kursus baru untuk menimba kemahiran digital. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Aug 2019 08:41PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 09:53PM

SINGAPURA: Para pekerja kereta api dan bas SMRT kini boleh mengikuti satu kursus baru untuk menimba kemahiran digital.

Ini merupakan kali pertama Kesatuan Sekerja Pengangkutan Kebangsaan dan Jawatankuasa Latihan Syarikat SMRT menawarkan kursus sedemikian.

Para kakitangan SMRT juga boleh mempelajari cara untuk memanfaatkan sistem operasi mudah alih dan penyenggaraan di syarikat mereka yang boleh menjimatkan 900 jam tenaga pekerja setahun.

Bukan itu sahaja, mereka akan dibimbing menggunakan aplikasi-aplikasi mudah alih untuk membuat permohonan cuti dan tuntutan perubatan.

Malah, mereka boleh belajar cara menggunakan kaedah realiti maya bagi kerja-kerja penyenggaraan.

Lebih 40 kakitangan sudahpun mengambil bahagian dalam kelas-kelas perintis tersebut.

Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, berkata inisiatif berkenaan selaras dengan usaha Singapura menuju ke arah Negara Bijak dan pihaknya akan melakar kursus-kursus teknikal yang lebih tinggi. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan