Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja pembersihan maut setelah terjatuh dari siling palsu di Tampines Mall

 Seorang pekerja pembersihan pada Sabtu (25 Jan) meninggal dunia setelah terjatuh dari siling palsu di Tampines Mall.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pembersihan maut setelah terjatuh dari siling palsu di Tampines Mall

Gambar: Google Maps

Diterbitkan : 31 Jan 2020 08:58PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 09:00PM

SINGAPURA: Seorang pekerja pembersihan pada Sabtu (25 Jan) meninggal dunia setelah terjatuh dari siling palsu di Tampines Mall.

Warga India itu, yang bekerja bersama Cleaning Express, sedang membersihkan laluan di siling atrium pusat beli-belah itu di tingkat empat, apabila beliau terjatuh ke tingkat tiga.

Pekerja pembersihan berusia 26 tahun itu dibawa ke Hospital Besar Changi di mana, beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat, pihaknya sedang menyiasat kemalangan malang itu. Sementara itu, semua kerja pembersihan di atas atrium itu dihentikan.

Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (Majlis WSH) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa insiden itu berlaku pada sekitar pukul 1.25 pagi.

WSH juga menyatakan bahawa terdapat sebanyak empat kes kemalangan maut di tempat kerja sejak awal tahun ini.

Menurut MOM dalam satu kenyataan sebelum ini, insiden pertama tahun ini melibatkan seorang pekerja yang dihempap oleh silinder gas pada 8 Jan.

Seorang lagi pekerja barangan yang terjatuh dari struktur binaan pada 11 Jan, manakala kes ketiga melibatkan seorang pekerja yang terjatuh ke dalam laut dari bot tunda.

WSH menasihati mereka yang bertanggungjawab atas tempat kerja serupa dan aktiviti pekerjaan untuk mengambil kira risiko dan mengawal langkah-langkah untuk mencegah kemalangan serupa.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan