Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja pembersihan kemudahan SHN mungkin punca kelompok COVID-19 JEM/Westgate

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat sehingga 12.00 tengah hari Isnin (24 Mei), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pembersihan kemudahan SHN mungkin punca kelompok COVID-19 JEM/Westgate

Pusat beli-belah JEM dan Westgate (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 25 May 2021 12:45AM Dikemas Kini : 25 May 2021 12:51AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat sehingga 12.00 tengah hari Isnin (24 Mei), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebanyak 22 jangkitan terkait dengan kes-kes lalu, sementara dua lagi tiada hubung kait.

Antara kes-kes itu, 12 kes sudahpun dikuarantin terlebih dahulu manakala 10 yang lain dikesan melalui pemantauan MOH.

Terdapat juga 12 kes import, yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu. Lima adalah warga atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang ke negara ini.

Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 36 kes baru COVID-19 pada Isnin.

KELOMPOK JEM/WESTGATE

Siasatan menunjukkan bahawa satu kes sebelum ini - iaitu seorang pekerja pembersihan yang bertugas di Park Avenue Rochester, sebuah kemudahan khas SHN - mungkin menjadi punca yang menyebabkan kelompok jangkitan JEM/Westgate, menurut MOH.

Dikenal pasti sebagai Kes 62933, pekerja pembersihan itu berada di Westgate pada 6 Mei.

"Seluruh penjujukan genom dan analisis filogenetik yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional menunjukkan bahawa sesetengah pengunjung JEM dan Westgate mempunyai penjujukan yang serupa dengan Kes 62933," menurut MOH.

MOH pada Isnin menyenaraikan enam kes baru yang terkait dengan kelompok JEM/Westgate, yang terdiri daripada dua pelajar Politeknik Singapura, seorang kakitangan pentadbiran di ST Electronics (Jurong East), seorang pekerja penghantaran yang sering menghantar barang ke Westgate, seorang pelayan di Pizza Hut dan seorang lagi wanita, yang menganggur buat masa ini.

Kelompok JEM/Westgate kini mempunyai 50 orang yang terkait dengan kelompok tersebut, tambah MOH.

2 KES TANPA HUBUNG KAIT

Dua lelaki berusia 31 tahun adalah kes-kes tanpa hubung kait yang dilaporkan pada Isnin: Warga India yang bekerja sebagai jurutera di Hiap Seng Engineering dan seorang warga Singapura yang bekerja sebagai ejen hartanah di ERA Realty Network. Kedua-dua lelaki itu diuji positif pada 23 Mei.

Lima kes ditambahkan kepada kelompok pekerja penghantaran McDonald's, termasuk tiga pelajar yang bekerja sambilan di Pizza Hut (Punggol Plaza). Kelompok itu kini mempunyai 10 kes yang dikaitkan dengannya.

Satu kes ditambahkan kepada kelompok Kompleks Penjara Changi dan dua kes dikaitkan dengan kelompok Learning Point.

Setakat sehingga Isnin, Singapura melaporkan 61,860 kes COVID-19 kesemuanya, dengan 32 kematian sejauh ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan