Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja, pembeli-belah kosongkan Ngee Ann City susuli kebakaran

Para pekerja dan pembeli-belah dipindahkan dari Ngee Ann City di Orchard Road pada petang tadi (26 Sep) setelah satu kebakaran berlaku di Menara B.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja, pembeli-belah kosongkan Ngee Ann City susuli kebakaran

Sebuah kereta bomba di luar Ngee Ann City. (Gambar: Sean Goh)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 08:23PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 08:27PM

SINGAPURA: Para pekerja dan pembeli-belah dipindahkan dari Ngee Ann City di Orchard Road pada petang tadi (26 Sep) setelah satu kebakaran berlaku di Menara B.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada sekitar 5.10 petang.

Tiada kecederaan dilaporkan, menurut SCDF.

Menurut para saksi, penggera kebakaran dibunyikan pada sekitar 5.20 petang.

"Kami ingatkan ia setakat satu penggera palsu atau latihan kebakaran," kata seorang pembaca Mediacorp yang tidak mahu dikenali identitinya. Beliau bekerja di tingkat sembilan kompleks pejabat pusat beli-belah itu.

"(Kami) mula mengosongkan bangunan tersebut apabila seorang penyambut tamu memberitahu kami bahawa ia benar-benar satu kebakaran kerana (terdapat) bau sesuatu yang terbakar," katanya sambil menambah bahawa orang ramai menggunakan tangga untuk meninggalkan bangunan berkenaan.

Sekurang-kurangnya empat kereta bomba dilihat di luar Ngee Ann City.

SCDF menyatakan bahawa Menara B dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum para pegawai tiba di tempat kejadian.

Orang ramai dibenarkan memasuki semula dalam bangunan tersebut selepas sejam setengah pada sekitar 7.00 malam. Seorang pekerja Ngee Ann City mengumumkan demikian menggunakan alat pembesar suara.

Punca kebakaran masih disiasat, menurut SCDF. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan