Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja kedai runcit dipenjara kerana cuba rogol budak perempuan 12 tahun

Seorang pekerja kedai runcit berusia 31 tahun mendekati seorang budak perempuan 12 tahun yang mengunjungi kedainya, memberinya kad SIM dan mempengaruhi budak itu supaya mengirimkan kepadanya gambar dan video lucahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja kedai runcit dipenjara kerana cuba rogol budak perempuan 12 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: Gil Cohen Magen/AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 05:02PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 05:04PM

SINGAPURA: Seorang pekerja kedai runcit berusia 31 tahun mendekati seorang budak perempuan 12 tahun yang mengunjungi kedainya, memberinya kad SIM dan mempengaruhi budak itu supaya mengirimkan kepadanya gambar dan video lucahnya.

Udhayakumar Dhakshinamoorthy, seorang warga India, selanjutnya melakukan tindakan seksual terhadap budak tersebut yang ketika itu dalam Menengah 1 dan cuba merogolnya sebanyak dua kali.

Kesalahan yang dilakukan Udhayakumar terbongkar selepas teman wanitanya yang hamil membuat aduan polis. Dia didakwa melakukan penetrasi seksual ke atas seorang budak bawah umur dan cuba merogolnya. Dia dikenakan hukuman 13 tahun penjara dan sebatan rotan sebanyak 12 kali (10 Jan) atas kesalahan-kesalahannya itu.

Udhayakumar baru mula bekerja di kedai yang terletak di Blok 176 Boon Lay Drive pada September 2016 ketika budak perempuan itu mengunjungi kedai tersebut dengan adik-adiknya, menurut dokumen mahkamah.

Bila mangsa mengunjungi kedai itu sekali lagi seorang diri, Udhayakumar memberitahunya bahawa dia perlu berbual dengan mangsa secara privet dan membawa mangsa ke tangga berdekatan. Mahkamah Tinggi difahamkan bahawa mangsa menyangkakan Udhayakumar mahu berbual tentang adik-adiknya kerana mereka pernah mengganggu Udhayakumar sebelum ini.

Udhayakumar kemudian bertanyakan usia mangsa dan berbohong bahawa dia berusia 20-an tahun. Dia juga mendapat tahu bahawa mangsa mempunyai telefon bimbit tetapi tidak mempunyai kad SIM.

Tiga hari selepas itu, dia memberikan mangsa kad SIM dan nombor telefonnya. Apabila mangsa mengirimkan mesej, Udhayakumar meminta gambar dan video bogel dan permintaannya dituruti mangsa.

PANGGIL MANGSA "ISTERI", MANGSA GELARNYA "PAKCIK"

Selepas itu, bila sahaja mangsa ke kedai runcit tersebut, Udhayakumar akan membenarkan mangsa mengambil makanan cemilan tanpa perlu membayar untuknya. Mahkamah Tinggi juga difahamkan bahawa apabila tiada sesiapa berada di dalam kedai, dia akan memeluk dan mencium mangsa.

Perbuatannya itu kemudian melarat-larat sehingga mangsa diibawa ke tempat awam berdekatan untuk melakukan tindakan seksual dengannya. Dia akan memberikan mangsa $5 hingga $10 selepas setiap kelakuan tidak senonoh itu. Tindakannya semakin berani sehingga dia cuba merogol mangsa sebanyak dua kali.

Kali pertama Udhayakumar cuba merogol mangsa adalah apabila dia membawa mangsa ke rumah rakannya yang berdekatan ketika tiada orang berada di rumah. Dia menyuruh mangsa untuk menanggalkan baju namun dia tidak dapat merogol mangsa kerana mangsa dalam kesakitan dan menolaknya.

Udhayakumar juga memanggil mangsa "isteri" sementara si mangsa pula memanggilnya "pakcik".

Pada Oktober lalu, Udhayakumar mula bertemu dengan seorang wanita yang tidak mengetahui hubungannya dengan mangsa.

Pada Disember, dia cuba merogol mangsa 12 tahun itu lagi di bumbung bangunan sebuah blok HDB tetapi tidak berjaya. Dia kemudian memberikan mangsa $50 dan berhenti melakukan kesalahan itu. Dia juga tidak lagi membenarkan mangsa mengambil cemil-cemilan secara percuma dari kedainya.

Kesalahan Udhayakumar hanya terbongkar lima bulan selepas itu. Pada 15 Mei 2017, dia dan teman wanitanya, yang sudah mengandung pada masa itu, menginap di sebuah hotel. Di sana, teman wanitanya memeriksa telefon bimbit Udhayakumar semasa dia tidur dan menemui mesej kiriman antara dia dan budak itu serta gambar dan video mangsa.

Teman wanitanya bimbang mangsa di bawah umur kerana mendapatinya memakai pakaian seragam sekolah lalu mengirimkan video itu kepada dirinya sendiri. Tiga hari selepas itu, beliau membuat aduan polis.

PENDAKWA: CIRI-CIRI KEROSAKAN MORAL

Dalam rayuannya, Udhayakumar berkata beliau meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya. Dia berkata bahawa dia berasal dari sebuah kampung kecil di Tamil Nadu dan ibu bapanya tidak begitu sihat. Dia juga menambah bahawa dia berasa malu akan tindakannya.

Pihak pendakwa meminta hukuman penjara selama 14 tahun dan sebatan rotan sebanyak 12 kali dijatuhkan ke atasnya. Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong berkata kesalahan Udhayakumar dirancang, dia mengeksploitasi usia mangsa yang belum matang dan terdapat ciri-ciri kerosakan moral.

Cik Wong menjelaskan bahawa Udhayakumar membenarkan mangsa mengambil barang-barang "yang kosnya rendah tetapi sangat diinginkan kanak-kanak" dan mempengaruhi mangsa untuk percaya bahawa melakukan tindakan seksual dengannnya akan membawa manfaat pada diri mangsa.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan