Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja jagaan kesihatan boleh lakukan perjalanan ke luar negara: MOH

Pekerja jagaan kesihatan tempatan boleh memohon untuk ke luar negara, menurut satu surat pekeliling edaran MOH Holdings.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2021 08:10PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 08:58PM

SINGAPURA: Pekerja jagaan kesihatan tempatan boleh memohon untuk ke luar negara, menurut satu surat pekeliling edaran MOH Holdings.

Surat itu menyatakan Kementerian Kesihatan (MOH) menyemak garis panduan berkenaan menyusuli protokol yang diselaraskan baru-baru ini dan skim Laluan Perjalanan bagi Penumpang yang Sudah Divaksin (VTL) diperluaskan.

VTL kini membenarkan perjalanan bebas kuarantin ke 11 negara.

Kakitangan MOH dimaklumkan agar mengisytiharkan status vaksinasi dan bandar yang ingin dikunjungi semasa menyerahkan permohonan cuti mereka.

Satu memo MOH juga menyatakan semua ujian dan sekatan tambahan COVID-19 bagi kakitangan jagaan kesihatan di sini juga dimansuhkan.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan