Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja di tapak binaan Tampines jatuh dari tingkat 10, diisytiharkan mati

Seorang pekerja binaan berusia 51 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat 10 di sebuah tapak binaan di Tampines, pagi tadi (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja di tapak binaan Tampines jatuh dari tingkat 10, diisytiharkan mati

(Gambar: Safety Watch-SG/Facebook).

Diterbitkan : 18 Dec 2017 10:33PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 10:36PM

SINGAPURA: Seorang pekerja binaan berusia 51 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat 10 di sebuah tapak binaan di Tampines, pagi tadi (18 Dis).

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa ia mendapat tahu tentang insiden di Tampines Avenue 10 itu pada sekitar 11.08 pagi. Lelaki itu ditemukan dalam keadaan tidak bergerak dan beliau disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Siasatan polis terhadap "kematian luar biasa" itu masih dijalankan.

Mediacorp difahamkan pekerja itu merupakan seorang rakyat China.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa pekerja tersebut sedang melakukan kerja-kerja binaan struktur sementara, di tingkat 10 bangunan berkenaan, apabila beliau terjatuh hingga ke tingkat empat.

Menurut seorang jurucakap, arahan untuk menghentikan kerja-kerja di tapak binaan tersebut sudah dikeluarkan dan MOM sedang menjalankan siasatan.

China Jingye Engineering Corporation Limited merupakan syarikat pengendali di tapak binaan tersebut. Demikian menurut MOM.

Seorang jurucakap mengesahkan bahawa insiden maut itu berlaku di tapak binaan syarikat tersebut. Namun beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

"Kami akan menyokong pihak berkuasa sepenuhnya (untuk menjalankan siasatan)," kata jurucakap itu. "Kami juga cuba sedaya upaya untuk membantu keluarga pekerja berkenaan untuk datang ke Singapura secepat mungkin."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan