Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja di 400 SME bakal terima faedah peribadi sehingga S$2,300

Pekerja di 400 syarikat kecil dan sederhana (SME) dijangka mendapat faedah peribadi sehingga S$2,300 di bawah satu inisiatif baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2021 05:00PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 09:27PM

SINGAPURA: Pekerja di 400 syarikat kecil dan sederhana (SME) dijangka mendapat faedah peribadi sehingga S$2,300 di bawah satu inisiatif baru.

Tawaran di bawah program 'NTUC In Your Workplace' itu termasuk akses kepada lebih 75,000 kursus online, uji guna percuma di pusat jagaan warga tua bagi mereka yang memerlukan jagaan sementara dan makanan ringan di tempat kerja.

Untuk melayakkan diri, SME mesti memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja merupakan anggota NTUC.

Mereka juga harus memenuhi separuh daripada kriteria digariskan di bawah satu rangka kerja termasuk pengiktirafan pekerja dan transformasi digital.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya diusahakan NTUC bagi membantu perniagaan tempatan dan pekerja mereka memanfaatkan produk serta khidmat perusahaan sosial NTUC dan rakan kongsi.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan