Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja Bangladesh mati dihempap dinding runtuh di ACS (Barker Road)

Seorang pekerja warga Bangladesh meninggal dunia setelah dihempap dinding runtuh di Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) pada Jumaat (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja Bangladesh mati dihempap dinding runtuh di ACS (Barker Road)

Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) (Gambar: Terence Ong/Creative Commons)

Diterbitkan : 27 Nov 2019 07:32PM Dikemas Kini : 27 Nov 2019 07:35PM

SINGAPURA: Seorang pekerja warga Bangladesh meninggal dunia setelah dihempap dinding runtuh di Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) pada Jumaat (22 Nov).

Pekerja berusia 38 tahun itu sedang melakukan kerja bersebelahan sebuah dinding bangunan sedia ada apabila sebahagian dinding itu runtuh dan menghempapnya, menurut seorang jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Pekerja itu dikejarkan ke Hospital Tan Tong Seng di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, menurut jurucakap itu lagi.

MOM menambah, pemaju utama tapak tersebut adalah Kementerian Pendidikan manakala majikan pekerja itu dan penghuni tapak adalah H P Construction & Engineering.

MOM menyatakan pihaknya sedang menyiasat kejadian dan menghentikan sebarang kerja-kerja berdekatan dinding yang runtuh itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan