Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja asing naik Singapore Flyer secara percuma hasil derma orang ramai

Lebih 600 pekerja asing dapat menikmati pemandangan indah Singapura dengan menaiki Singapore Flyer.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jan 2021 10:13PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 10:19PM

SINGAPURA: Lebih 600 pekerja asing dapat menikmati pemandangan indah Singapura dengan menaiki Singapore Flyer.

Mereka merupakan kumpulan pertama daripada lebih 6,000 pekerja asing yang dapat menaiki roda raksasa itu secara percuma.

Ia hasil baucar-baucar SingapoRediscovers yang didermakan orang ramai serta tiket-tiket yang dibiayai penderma korporat sebagai sebahagian daripada inisiatif ItsRainingRaincoats.

Bagi ramai pekerja asing ini yang tinggal di dormitori-dormitori, wisata hari ini (31 Jan) merupakan kali pertama mereka bersiar-siar ke kawasan bandar dalam masa setahun.

Sejak pandemik melanda, pergerakan mereka selalunya dihadkan hanya ke tempat kerja, dormitori dan kadangkala ke pusat riadah.

Menteri Negara Kanan Sim Ann yang menyertai acara tersebut memuji kerjasama antara orang awam serta sektor-sektor privet dan sosial.

Kegiatan menaiki Singapore Flyer untuk para pekerja asing diadakan setiap hari Ahad selama dua jam mulai tengah hari.

Dalam tempoh itu Singapore Flyer ditutup kepada orang ramai.
Para penganjur berharap dapat meneruskan acara ini sehingga penggunaan baucar SingapoRediscovers berakhir pada Jun ini.  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan