Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja asing mati dilanggar di tapak binaan Changi East

Seorang pekerja buruh maut dalam satu kemalangan di tapak kerja Changi East selepas dilanggar lori jongket, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja asing mati dilanggar di tapak binaan Changi East

Tapak binaan Changi East.

Diterbitkan : 23 Feb 2019 12:44PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 12:46PM

SINGAPURA: Seorang pekerja buruh maut dalam satu kemalangan di tapak kerja Changi East selepas dilanggar lori jongket, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (23 Feb).

"MOM dimaklumkan tentang kemalangan maut di tapak kerja di 31A Tanah Merah Coast Road," tambah MOM sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat (22 Feb).

"Seorang pekerja India berusia 27 tahun berada di sebelah kiri lori jongket di sebuah simpang tiga, apabila lori tersebut membelok ke kiri lalu melanggarnya."

MOM selanjutnya menyatakan bahawa penghuni tapak kerja itu ialah Samsung-Koh Brothers Joint Venture dengan Changi Airport Group sebagai pemajunya.

Mangsa merupakan pekerja Koh Brothers Building & Civil Engineering Contractor.

Dalam kenyataannya, Changi Airport Group menyatakan ia sedang bekerjasama dengan kontraktor tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

"Kami berdukacita atas kehilangan nyawa dalam kemalangan di tapak kerja Changi East pada pagi tadi," menurutnya.

"Changi Airport Group sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan, dan bekerjasama dengan kontraktor untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa."

MOM mengesahkan ia sedang menyiasat insiden itu dan semua operasi melibatkan lori jongket di tapak binaan Changi East sudah dihentikan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan