Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja asing kontraktor HDB ditempatkan di kolong blok kosong, tempat letak kereta buat sementara

Pekerja asing yang yang sihat dan digajikan kontraktor Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan ditempatkan buat sementara waktu di kolong-kolong blok kosong dan tempat letak kereta di mana projek-projek sedang dibina, menurut HDB dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (11 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2020 05:02PM Dikemas Kini : 11 Apr 2020 11:57PM

SINGAPURA: Pekerja asing yang yang sihat dan digajikan kontraktor Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan ditempatkan buat sementara waktu di kolong-kolong blok kosong dan tempat letak kereta di mana projek-projek sedang dibina, menurut HDB dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (11 April).

"Tempat-tempat ini adalah struktur bangunan yang siap dan selamat," jelas agensi itu. "Ini akan membantu meningkatkan jarak selamat dengan menebarkan pekerja kami, yang kini tinggal di kuarters pekerja di lokasi."

Terdapat kebimbangan berhubung peningkatan kes COVID-19 di dormitori pekerja asing yang sarat, dengan lebih 500 kes ditemui di lebih dari 10 kemudahan sedemikian pada Jumaat.

Pihak berkuasa mengumumkan rancangan untuk memindahkan pekerja yang sihat ke tempat-tempat seperti kem tentera, flat HDB kosong dan hotel terapung.

Catatan HDB dikeluarkan setelah sebuah rakaman video menunjukkan tempat tinggal sementara para pekerja yang kelihatan seperti tempat letak kereta, tular di media sosial.

Agensi itu menjelaskan pekerja akan tinggal di tapak kerja, dan hanya pekerja yang ditetapkan dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan dari kedai runcit berdekatan.

HDB menegaskan bahawa semua premis diperiksa untuk memastikan ia lapang dan selesa, dengan kemudahan seperti tandas, tempat mengecas alat elektrik dan Wi-Fi.

"Kami juga menyediakan makanan untuk pekerja mengikut keperluan diet mereka," tambah agensi itu.

"Langkah-langkah jarak selamat, seperti tiada lawatan ke tingkat lain dan pemeriksaan suhu dua kali sehari, sedang dilaksanakan."

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menyatakan dalam catatan Facebook bahawa video tempat tinggal sementara pekerja itu sudah dikongsi dengannya.

"Terima kasih semua atas keprihatinan anda. Ia memang membimbangkan," katanya. "Kebajikan pekerja memang diutamakan."

Beliau merujuk kepada catatan HDB yang "menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk menyokong pekerja di dormitori sementara itu".

Cik Teo menambah: "Pasukan MOM sedang menghadapi pertempuran di pelbagai sudut... Pasukan saya hampir mencapai hadnya. Tolong bersabar jika kami mengambil sedikit masa untuk menjawab semua pertanyaan anda, kerana kami memberikan keutamaan kepada panggilan bantuan oleh individu yang lebih memerlukan."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan