Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja asing ditemui mati semasa kerja ganti lif di Chai Chee

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati dalam sebuah lif pada Isnin (14 Jan) semasa kerja-kerja penggantian lif dijalankan di sebuah blok HDB di Chai Chee.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja asing ditemui mati semasa kerja ganti lif di Chai Chee

Polis di tempat kejadian di mana seorang lelaki ditemui mati dalam lif.

Diterbitkan : 15 Jan 2019 07:23PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 07:25PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati dalam sebuah lif pada Isnin (14 Jan) semasa kerja-kerja penggantian lif dijalankan di sebuah blok HDB di Chai Chee.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, pihak polis menyatakan ia memberi respons kepada satu kemalangan perindustrian di Blok 805 Chai Chee Road pada 6.55 petang.

Polis menambah, lelaki itu ditemui tidak bergerak dan disahkan mati oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa warga Bangladesh itu merupakan seorang anggota pasukan yang sedang menjalankan kerja-kerja penggantian lif di tapak kerja tersebut.

"Pekerja itu menggunakan lif untuk memindahkan serpihan-serpihan dari tingkat lima ke tingkat bawah," menurut MOM kepada Mediacorp.

"Pekerja itu kemudian ditemui dalam sebuah lif di tingkat bawah dan didapati mengalami kecederaan."

MOM menyatakan ia sedang menyiasat insiden itu dan sudah menghentikan semua kerja-kerja penggantian lif di tapak kerja berkenaan.

Pengguna tapak kerja itu adalah Chavalier Singapore Holdings, sementera majikannya adalah Tc Builder & Machinery, tambah MOM.

Polis sedang menyiasat kes kematian luar biasa itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan