Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pejalan kaki maut, pemandu bas diberkas susuli nahas di Ang Mo Kio

Seorang wanita berusia 46 tahun meninggal dunia pada Rabu (25 Ogos) setelah terperangkap di bawah roda belakang sebuah bas di Ang Mo Kio Avenue 3.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2021 11:54AM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 09:08PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 46 tahun meninggal dunia pada Rabu (25 Ogos) setelah terperangkap di bawah roda belakang sebuah bas di Ang Mo Kio Avenue 3.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah bas dan seorang pejalan kaki pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

"Seorang wanita berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik."

Pemandu bas berusia 56 tahun diberkas kerana "memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian".

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan para pegawai mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah roda belakang bas itu menggunakan perkakas hidraulik.

Siasatan masih dijalankan.

Mediacorp sudah menghubungi SBS Transit untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan