Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peguam M Ravi disiasat polis atas dakwaan fitnah jenayah

Peguam M Ravi disiasat polis berkaitan dakwaan fitnah jenayah berhubung satu catatan Facebook yang mendakwa bahawa peguam Encik Eugene Thuraisingam memberitahunya bahawa Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata beliau "mempunyai pengaruh ke atas Hakim Besar", menurut polis pada Sabtu (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam M Ravi disiasat polis atas dakwaan fitnah jenayah

(Gambar fail TODAY)

Diterbitkan : 08 Nov 2020 04:02PM Dikemas Kini : 08 Nov 2020 04:04PM

SINGAPURA: Peguam M Ravi disiasat polis berkaitan dakwaan fitnah jenayah berhubung satu catatan Facebook yang mendakwa bahawa peguam Encik Eugene Thuraisingam memberitahunya bahawa Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata beliau "mempunyai pengaruh ke atas Hakim Besar", menurut polis pada Sabtu (7 Nov).

"Pihak Pendakwa raya mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 16(2) Kod Tatacara Jenayah bagi polis menjalankan siasatan terhadap kesalahan itu," kata polis dalam satu kenyataan media.

Catatan Facebook Encik Ravi pada 6 Nov mendakwa bahawa Encik Thuraisingam memberitahunya bahawa Encik Shanmugam mengatakan bahawa beliau "mempunyai pengaruh ke atas Hakim Besar" dan "membuat keputusan serta mengawal Sundaresh Menon".

Encik Thuraisingam menulis surat kepada Menteri Shanmugam pada hari yang sama catatan Facebook Encik Ravi ditulis, sambil mengatakan "tidak ada kebenaran sama sekali" mengenai tuduhan itu, menurut polis.

Encik Thuraisingam juga memuat naik salinan surat itu di laman Facebooknya, merujuk kepada catatan Encik Ravi sebagai "palsu dan sama sekali tidak benar".

Menurut Encik Thuraisingam, Encik Ravi membuat dakwaan serupa dalam catatan Facebook yang dimuat naik pada 12 Jun 2017.

Encik Thuraisingam pada ketika itu menjelaskan kepada Encik Shanmugam pada 13 Jun 2017 bahawa dakwaan Encik Ravi adalah tidak benar. Tindakan polis tidak diambil ketika kejadian itu.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan