Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peguam Lee Suet Fern dilarang jalankan khidmat guamannya selama 15 bulan

Peguam Lee Suet Fern dilarang menjalankan khidmat guaman selama 15 bulan setelah didapati bersalah atas salah laku ketika menguruskan wasiat Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2020 09:38PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 12:15AM

SINGAPURA: Peguam Lee Suet Fern dilarang menjalankan khidmat guaman selama 15 bulan setelah didapati bersalah atas salah laku ketika menguruskan wasiat Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew.

Hakim Besar Sundaresh Menon berkata, isteri mantan CEO Singtel Lee Hsien Yang itu didapati bersalah atas kelakuan yang tidak sesuai sebagai seorang peguam.

Beliau menambah, kesalahannya berada pada paras sekurang-kurangnya "tinggi sederhana".

Menurut Hakim Besar, akibat buruk daripada perbuatan Cik Lee itu pula berada pada paras "rendah sederhana".

Wasiat terakhir mendiang Encik Lee Kuan Yew membahagikan semula harta peninggalannya secara sama rata kepada tiga anaknya - Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling.

Wasiat itu juga mengembalikan ketetapan agar rumahnya di Oxley Road dirobohkan.

Dalam catatan di Facebook, Cik Lee berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu.

Beliau berpendapat, tiada asas sama sekali untuk memulakan perbicaraan terhadapnya.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan