Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peguam, ejen hartanah antara 10 didakwa atas penipuan pinjaman rumah lebih S$11 juta

 Seramai 10 orang dikaitkan dalam siri penipuan pinjaman bayar balik tunai perumahan bernilai S$11.4 juta didakwa di mahkamah pada Selasa (3 Dis) atas kesalahan-kesalahan seperti menipu, menggunakan dokumen palsu dan melakukan pecah amanah jenayah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam, ejen hartanah antara 10 didakwa atas penipuan pinjaman rumah lebih S$11 juta

Kok Chiew Leong, Mohammed Lutfi Hussin and Sufandi Ahmad. (Gambar: Nadarajan Rajendran/TODAY)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 07:24PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 07:28PM

SINGAPURA: Seramai 10 orang dikaitkan dalam siri penipuan pinjaman bayar balik tunai perumahan bernilai S$11.4 juta didakwa di mahkamah pada Selasa (3 Dis) atas kesalahan-kesalahan seperti menipu, menggunakan dokumen palsu dan melakukan pecah amanah jenayah. 

Kumpulan tersebut terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia antara 34 tahun hingga 63 tahun, yang dipercayai memainkan peranan berlainan dalam penipuan tersebut. Ini termasuk sebagai fasilitator, penjual hartanah, ejen hartanah dan peguam.

Penipuan itu dipercayai berlaku antara 2014 hingga 2015, dengan harga jualan bagi empat hartanah dicatat lebih tinggi untuk mendapatkan jumlah pinjaman bank yang lebih tinggi.

Kertas tuduhan menunjukkan, empat hartanah itu terletak di kawasan utara Singapura, di Saraca Terrace, Jalan Kerayong, Woodgrove Walk and Limbok Terrace.

Berdasarkan dokumen-dokumen pendapatan yang dipalsukan, sebuah bank dipercayai memberi pinjaman sebanyak S$8.5 juta bagi tiga daripada empat permohonan gadai janji.

Tiga hartanah itu kemudian dijual pihak bank dengan mengalami kerugian lebih S$2.9 juta.

Tiga lelaki yang dituduh melakukan penipuan itu adalah Bijabahadur Rai Shree Kantrai 49 tahun, Sufandi Ahmad, 39 tahun dan Kok Chiew Leong, 46 tahun.

Mereka didakwa bersubahat dengan penjual Mohamad Hamzi Rabu, 50 tahun, dan Lau Ai Geck, 63 tahun, serta ejen hartanah mereka Mohamed Haron Hassan, 38 tahun, and Juma'at Johari, 39 tahun.

Mereka bersetuju untuk membeli hartanah-hartanah penjual itu pada harga yang sudah dipersetujui sebelumnya, tetapi menggunakan harga yang lebih tinggi untuk membuat permohonan pinjaman bank.

Ketiga-tiga lelaki yang memudahkan urusan jual beli itu, masing-masing menghadapi 11 hingga 14 tuduhan, didakwa merekrut wakil pembeli Iswandi Yahya, 37 tahun, serta Saiful Azri Ali Amat, 34 tahun, dan memberi dokumen-dokumen palsu kepada pihak bank untuk membuat pinjaman.

Peguam yang menguruskan dokumen hartanah itu Mohammed Lutfi Hussin, 53 tahun, dituduh memalsukan pengesahan bahawa gadai janji bagi hartanah di 35 Saraca Terrace adalah betul.

Helah itu terbongkar apabila wakil pembeli tidak membayar pinjaman, menurut polis dalam satu kenyataan pada Isnin.

Semua 10 individu itu akan dihadapkan lagi di mahkamah bagi sebutan lanjut kes masing-masing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan