Images
  • lawyer
    Jeffrey Ong. (Gambar: Laman JLC Advisors)

Peguam didakwa larikan jutaan dolar dikenakan 8 tuduhan tambahan lakukan pemalsuan

SINGAPURA: Seorang peguam yang didakwa melarikan jutaan dolar wang milik pelanggannya, Jeffrey Ong, sudah dikenakan lapan pertuduhan tambahan melakukan pemalsuan.

Awal bulan ini, Ong dikenakan satu pertuduhan menipu melibatkan wang S$6 juta.

Menurut pendakwa raya, tiga lagi pihak sudah membuat laporan kepada Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) mengenai pemindahan wang tanpa kebenaran mereka.

Ia melibatkan wang S$16 juta yang dipegang firma guaman JLC Advisors dan Ong ialah Pengarah Urusannya.

Wang tersebut tidak termasuk S$33 juta milik satu lagi pelanggannya, Allied Technologies.

Hari ini (13 Jun) hakim meluluskan permintaan pendakwa agar Ong ditahan seminggu lagi.

Peguam rakyat tempatan itu yang berusia 41 tahun ditangkap di Malaysia bulan lalu.

- CNA/MU/na

Top