Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai tinggi tentera New Zealand sorokkan kamera intip dalam bilik air

Salah seorang daripada pegawai tertinggi tentera New Zealand didapati bersalah pada Khamis (18 Apr) kerana secara senyap-senyap cuba merakam perbuatan para pengguna bilik air di kedutaan negara itu di Washington DC.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai tinggi tentera New Zealand sorokkan kamera intip dalam bilik air

Gambar hiasan. (Gambar; Marty Melville/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 08:17PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 08:21PM

WELLINGTON: Salah seorang daripada pegawai tertinggi tentera New Zealand didapati bersalah pada Khamis (18 Apr) kerana secara senyap-senyap cuba merakam perbuatan para pengguna bilik air di kedutaan negara itu di Washington DC.

Laksamana Pertama Alfred Keating, 69 tahun, melakukan kesalahan itu dengan menyembunyikan sebuah kamera di dalam bilik air kedutaan tersebut pada Julai 2017.

Dia menafikan satu tuduhan cuba untuk membuat rakaman visual. Namun, di akhir perbicaraan selama dua minggu, hakim Mahkamah Tinggi kembali dengan keputusan sebulat suara bahawa Keating didapati bersalah.

Sebuah kamera kecil yang dipasangkan ke dalam satu saluran pemanasan dalam bilik air dijumpai apabila panel yang dilekati kamera itu terjatuh ke lantai.

Mahkamah diberitahu kad media kamera tersebut mempunyai kesan DNA Keating dan ia juga pernah sekali disambungkan kepada komputer ribanya.

Pendakwa raya Henry Steele berkata dorongan Keating adalah untuk, secara bersembunyi, memfilem rakan-rakan sekerjanya yang menggunakan tandas dan "ia bukan satu tindakan pengintipan".

Hakim Robert Ronayne memberitahu hakim tugas mereka adalah untuk menentukan sama ada keseluruhan bukti yang dikumpulkan boleh memastikan jika Keating atau orang lain yang memasang kamera tersebut.

Keating akan dijatuhi hukuman pada 25 Jun nanti. Dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 18 bulan. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan