Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai SCDF dijel, halang proses pengadilan dengan padam video NSF ditolak dalam perigi

Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Rabu (5 Dis) dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana menghalang proses pengadilan dengan memadamkan video yang menunjukkan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) ditolak ke dalam perigi pam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 04:35PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:42PM

SINGAPURA: Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Rabu (5 Dis) dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana menghalang proses pengadilan dengan memadamkan video yang menunjukkan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) ditolak ke dalam perigi pam.

Korporal Kok Yuen Chin meninggal dunia pada Mei setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam perigi pam sedalam 12 meter yang dipenuhi air di Stesen Bomba Tuas View.

Staf Sarjan Adighazali Suhaimi mengaku bersalah atas satu pertuduhan secara sengaja menghalang proses pengadilan dengan memadamkan video ralaman itu yang merupakan bukti bagi siasatan jenayah dalam kes kematian Korporal Kok.

Semasa melakukan kesalahan itu, Adighazali adalah anggota sepenuh masa SCDF dan pegawai spesialis Bahan-bahan Berbahaya. Dia merupakan satu seorang daripada lima pegawai SCDF yang didakwa dalam kejadian itu.

Tertuduh dan rakan-rakan sekerjanya berkumpul di stesen bomba tersebut pada 13 Mei untuk meraikan tamat tempoh Perkhidmatan Negara Korporal Kok.

Seorang lagi tertuduh Staf Sarjan Muhammad Nur Fatwa Mahmood menyarankan agar mendiang CPL Kok melalui ritual "kolam" dengan masuk ke dalam perigi itu.

Perbuatan berbentuk 'ragging' itu dilarang SCDF dengan poster-poster mengenainya dipasang di merata stesen tersebut.

Meskipun mendiang enggan melakukan ritual tesebut, Fatwa, dengan dibantu pegawai lain termasuk Adighazali mengangkat CPL Kok ke perigi itu.

Fatwa menolaknya dan mendiang jatung ke dalam perigi.

Mendiang dikeluarkan dari perigi tersebut pada 9.43 malam, 36 minit selepas ditolak. CPL Kok dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 11.02 malam.

Adighazali merakamkan sebahagian kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya
meskipun diarah seorang lagi tertuduh Leftenan Kenneth Chong Chee Boon untuk tidak merakamkan insiden tersebut.

Adighazali juga disuruh berulang kali supaya memadamkan rakaman itu oleh Fatwa dan dia menurutinya meskipun tahu klip video itu adalah bukti dan polis sedang dalam perjalanan untuk menyiasat kes tersebut.

Cabang Teknologi Jenayah Forensik di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) meneliti telefon Adighazali keesokan harinya dan mendapatkan semula video itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama sebulan, sambil berkata kesalahan Adighazali sama beratnya dengan Fatwa.

Peguam bela Ashwin Ganapathy pula meminta hukuman penjara ke atas Adighazali tidak melebihi 14 hari, sambil berhujah bahawa anak guamnya memadamkan video itu secara spontan dan atas desakan Fatwa.

Adighazali mengaku memadamkan video itu semasa disoal siasat pegawai siasatan dan berasa amat bersalah serta tidak mahu menyembunyikan perkara itu lagi, menurut peguamnya.

"Hakikatnya, dia yang memadamkan video itu. Ia satu keputusan yang dibuat secara sedar dan sengaja untuk memadamkan video itu," kata Hakim Daerah Chay Yuen Fatt. "Saya tidak dapat menerima bahawa dia ditekan Fatwa untuk berbuat demikian. Jika ada sebarang tekanan pun, ia dari dalam dirinya sendiri. Saya tidak boleh memberi keringanan berdasarkan itu."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan