Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai SAF akan meminta dibicarakan atas kematian NSF Liu Kai

Seorang pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berhasrat untuk meminta dibicarakan atas pelibatannya dalam kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai SAF akan meminta dibicarakan atas kematian NSF Liu Kai

Gambar: Howard Law

Diterbitkan : 21 Nov 2019 02:52PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 02:57PM

SINGAPURA: Seorang pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berhasrat untuk meminta dibicarakan atas pelibatannya dalam kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai.

Kapten Ong Lin Jie, 28 tahun, memberitahu mahkamah tentang niatnya itu semasa sebutan lanjut kesnya pada Khamis pagi (21 Nov).

Dia menghadapi satu dakwaan bertindak terburu-buru dan didakwa gagal mengekalkan jarak selamat 30 meter antara Land Rover yang dipandu Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu dengan Kenderaan Penggempur Infantri (IFV) Bionix SAF.

Kejadian berlaku pada 3 November tahun lalu semasa satu sesi latihan di Tapak Latihan Bandar Murai.

Kenderaan Bionix itu mengundur sehingga berlanggar dengan Land Rover yang dinaikinya itu, menyebabkan kematian CFC Liu, 22 tahun.

Kapten Ong ialah komander Land Rover tersebut. Dia diwakili peguam bela Teo Choo Kee dan akan dihadapkan ke mahkamah negara bagi sidang pra-perbicaraan pada 23 Disember.

Jika disabit kesalahan bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kematian, CPT Ong boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Beberapa yang lain turut didakwa berhubung insiden tersebut, termasuk mereka yang dituduh membocorkan gambar-gambar tempat kejadian. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan