Images
  • crime
    Gambar hiasan seseorang digari.

Pegawai polis dijel 3 bulan; curi wang tunai diserahkan kepada balai polis

SINGAPURA: Seorang pegawai polis yang diamanahkan untuk menyimpan dompet-dompet yang dijumpai orang awam dan diserahkan kepada balai polis sebaliknya mencuri wang di dalamnya dan membelanjakan wang tersebut.

Atas satu tuduhan pecah amanah oleh seorang pegawai awam, Isaac Lim Jun Cheng, 24 tahun dipenjara selama tiga bulan pada Rabu (25 Mac).

Mahkamah diberitahu bahawa Lim berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan dikerahkan bertugas di Pondok Polis Kejiranan Pasir Ris.

Dia mencuri wang tunai bernilai S$207 daripada dompet-dompet yang dijumpai dan diserahkan kepadanya sebanyak tiga kali antara Jun 2018 hingga November 2018.

Dua daripada insiden itu berlaku pada Jun 2018 dan Ogos 2018 di mana dia mencuri sekurang-kurangnya S$27 dan menggunakannya untuk perbelanjaan peribadi, menurut mahkamah.

Dia membuat laporan mengenai dua dompet tersebut, tetapi sengaja tidak menyatakan jumlah wang tunai di dalamnya apabila menyenaraikan isi kandungan dompet itu, agar pencuriannya tidak dikesan.

Atas tuduhan pecah amanah, Lim boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Mediacorp sudah menghubungi SPF bagi mendapatkan maklumat lanjut.

- CNA/NA/na

Top