Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai polis didakwa rasuah cuba minta hubungan romantik dengan wanita

Seorang pegawai polis 25 tahun dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk hubungan romantik dengan seorang wanita sebagai ganjaran bagi membantu wanita itu dalam satu kes melibatkan CNB.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai polis didakwa rasuah cuba minta hubungan romantik dengan wanita

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 02 Sep 2021 08:50PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 08:51PM

SINGAPURA: Seorang pegawai polis 25 tahun dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk hubungan romantik dengan seorang wanita sebagai ganjaran bagi membantu wanita itu dalam satu kes melibatkan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pada 2 Nov 2019, Sean Teo, yang merupakan seorang sarjan polis ketika itu, didakwa menyalahgunakan sistem komputer Pasukan Polis Singapura untuk mengakses data individu yang ditangkap dalam satu operasi polis, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media.

Sekitar sebulan kemudian pada 8 Disember, Teo didakwa mengirim gambar berkaitan dengan operasi polis itu kepada seorang wanita.

Dia kemudian didakwa meminta habuan daripada wanita itu dalam bentuk hubungan romantik, sebagai dorongan untuk membantu dalam kesnya dengan CNB.

Wanita itu menolak permintaan Teo.

Teo didakwa dengan satu tuduhan mengakses bahan komputer tanpa izin, satu tuduhan menyampaikan maklumat secara salah dan satu dakwaan rasuah.

Jika disabit kesalahan rasuah, Teo boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda hingga S$100,000, atau kedua-duanya.

"CPIB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah, termasuk pegawai awam yang menyalahgunakan kedudukan mereka dan merosakkan nama baik Perkhidmatan Awam," tegas biro tersebut.

Jika didapati bersalah menyampaikan maklumat secara salah di bawah Akta Rahsia Rasmi, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda hingga S$2,000.

Kesalahan mendapatkan bahan komputer tanpa izin di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, membawa hukuman denda tidak melebihi S$5,000, penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan