Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai polis barisan hadapan jalani latihan simulator di Divisyen Polis Tanglin

Para pegawai polis barisan hadapan kini menggunakan alat simulator baru untuk latihan dalam pelbagai situasi ketika bertugas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai polis barisan hadapan jalani latihan simulator di Divisyen Polis Tanglin

Para pegawai polis membuat rondaan di sebuah pusat beli-belah di Singapura. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 07:12PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 08:57PM

SINGAPURA: Para pegawai polis barisan hadapan kini menggunakan alat simulator baru untuk latihan dalam pelbagai situasi ketika bertugas.

Ini termasuk penggunaan dron yang tidak sah dan ancaman bom.

Satu pusat baru di Divisyen Polis Tanglin sedang menilai keberkesanan latihan simulator sedemikian.

Sejauh ini, 20 sesi latihan dijalankan sejak Ogos lalu.

Kemudahan baru itu dilancarkan April lalu dengan tujuh stesen kerja.

Latihan sedemikian dijalankan selain adanya latihan di alam nyata.

Para pegawai polis juga menjalankan latihan sebelum operasi-operasi utama seperti memastikan keselamatan di Perbarisan Hari Kebangsaan.

Latihan juga boleh dijalankan pada masa yang sama di Akademi Home Team, yang dibentuk tiga tahun lalu.

Ini bermakna sehingga 40 pegawai polis boleh dilatih pada satu-satu masa.

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan