Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai perubatan SAF tidak batalkan MC dari doktor luar: Ng Eng Hen

Para doktor Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak membatalkan sijil-sijil perubatan (MC) yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan luar, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai perubatan SAF tidak batalkan MC dari doktor luar: Ng Eng Hen

Gambar fail anggota NS. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 08:26PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 08:28PM

SINGAPURA: Para doktor Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak membatalkan sijil-sijil perubatan (MC) yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan luar, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (19 Nov).

Dr Ng menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen dari Parti Pekerja, Muhammad Faisal Abdul Manap, tentang jumlah MC pengamal perubatan luar yang dibatalkan pegawai perubatan dalam kem sepanjang tiga tahun lalu.

Namun, kata Dr Ng, para pegawai perubatan unit boleh menjalankan pemeriksaan klinikal terhadap kakitangan SAF dan menyarankan supaya MC yang dikeluarkan, disesuaikan.

"Satu pembetulan terhadap MC termasuk menukar tempoh MC, atau pengecualian daripada kegiatan-kegiatan tertentu. Kakitangan boleh pada bila-bila masa sahaja berjumpa dengan pegawai perubatan unit untuk menjalani pemeriksaan klinikal dengan lebih lanjut," kata Dr Ng.

Beliau menambah, bagi pembetulan seumpama itu dilakukan, pegawai perubatan perlu berbincang tentang kes itu dengan doktor yang mengeluarkan MC tersebut atau merujuk kakitangan berkaitan kepada seorang pakar yang boleh memberi nasihat tentang pembetulan yang dicadangkan.

"Anggota SAF boleh bila-bila masa sahaja berjumpa dengan seorang pegawai perubatan unit untuk pemeriksaan lanjut," kata Dr Ng, sambil menambah bahawa kes-kes di mana pembetulan dilakukan "jarang berlaku" dalam SAF.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan