Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai penjara, SSG Firoz Khan, dituduh akses data penghuni tanpa kebenaran

Seorang warden penjara kanan yang sebelum ini dituduh mengambil rasuah dari seorang penghuni, didakwa dengan dua lagi tuduhan hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai penjara, SSG Firoz Khan, dituduh akses data penghuni tanpa kebenaran

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Nov 2017 01:46PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 01:47PM

SINGAPURA: Seorang warden penjara kanan yang sebelum ini dituduh mengambil rasuah dari seorang penghuni, didakwa dengan dua lagi tuduhan hari ini (23 Nov).

Kobi Krishna Ayavoo, 50 tahun, didakwa mengikut Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA) kerana dituduh menghasut dua rakan sekerja yang mempunyai akses kepada Sistem Operasi dan Pemulihan Penjara (PORTS) Perkhidmatan Penjara Singapura, untuk menggunakan portal itu dan melihat maklumat peribadi seseorang penghuni.

Seorang rakan sekerja, Staf Sarjan Firoz Khan Shaik Fazaluddin yang berusia 41 tahun, mengakses sistem secara haram pada 24 Julai lalu, satu kesalahan di bawah CMCA. Dia didakwa bersama-sama Kobi hari ini (23 Nov).

Seorang lagi kakitangan, ketua warden, tidak melakukan kesalahan itu, dan tiada tindakan diambil ke atasnya.

Kobi didakwa buat pertama kali pada bulan Julai dengan lapan tuduhan rasuah kerana didakwa meminta rasuah daripada tahanan bernama Chong Keng Chye wang berjumlah S$81,000 dalam bentuk tunai dan pinjaman, sebagai ganti untuk "memudahkan" pemindahan Chong keluar dari Kelompok A1 Penjara Changi.

Firoz akan dihadapkan ke mahkamah pada 7 Disember sementara Kobi pula akan dihadapkan ke mahkamah pada 21 Disember.

Jika sabit kesalahan rasuah, Kobi boleh dipenjara sehingga lima tahun dan/atau didenda sehingga S$100,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi kesalahan mengakses maklumat tanpa kebenaran, mereka boleh dipenjara dua tahun dan/atau didenda sehingga S$5,000.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan