Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai ICA didakwa terima sogokan warga M'sia bagi percepat permohonan PR

Seorang pegawai khidmat pelanggan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) didakwa pada Khamis (10 Okt) kerana menerima rasuah daripada seorang warga Malaysia yang membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap Singapura (PR).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2019 01:33PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:41PM

SINGAPURA: Seorang pegawai khidmat pelanggan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) didakwa pada Khamis (10 Okt) kerana menerima rasuah daripada seorang warga Malaysia yang membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap Singapura (PR).

Lucy Teo, 49 tahun didakwa atas dua tuduhan bersubahat dengan seorang lagi wanita Sharon Loo Wai Woon untuk menerima rasuah bernilai S$1,500 daripada warga Malaysia Fenny Tey Hui Nee, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan polis dalam satu kenyataan bersama.

Wang tersebut adalah sebagai ganjaran untuk mempercepatkan proses permohonan Penduduk Tetap Tey.

Tey juga menghadapi 20 tuduhan mengakses Sistem Maklumat Pendaftaran Identiti Umum ICA untuk memperolehi status permohonan Penduduk Tetap bagi wanita berusia 24 tahun itu sebanyak 11 kali, serta rekod nombor pasport seorang lelaki sebanyak tiga kali serta rekod seorang lagi wanita berhung status permohonan PR sebanyak enam kali.

Loo, 28 tahun juga didakwa atas dua tuduhan bersubahat dengan Teo bagi mendapatkan wang daripada Tey.

Tey didakwa atas dua tuduhan memberi rasuah bernilai S$1,500 kepada Teo bagi mempercepatkan permohonan PRnya.

Ketiga-tiga mereka diberikan tempoh penangguhan selama empat minggu untuk mendapatkan khidmat peguam.

Sesiapa yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, dijel sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Sesiapa yang menggunakan komputer dengan niat untuk mengakses sesuatu program atau data tanpa kebenaran, boleh didenda sehingga S$5,000, dijel sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan