Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai HDB didenda S$2,000 kongsi maklumat sulit

Seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) didenda S$2,000 hari ini (20 Dis) kerana mengongsi maklumat sulit kepada seorang wartawan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2017 12:34PM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 10:22PM

SINGAPURA: Seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) didenda S$2,000 hari ini (20 Dis) kerana mengongsi maklumat sulit kepada seorang wartawan.

Ng Han Yuan, 25 tahun, didakwa pada bulan lalu kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi dengan "mengongsi maklumat sulit".

Ng mengaku bersalah hari ini.

Pada bulan Julai, HDB membuat aduan polis setelah ia menerima pertanyaan daripada seorang wartawan Straits Times mengenai pelancaran Portal Jualan Semula HDB yang baru.

Ketika itu, maklumat tersebut belum lagi didedahkan kepada orang ramai.

Siasatan polis menunjukkan bahawa Ng mengongsi maklumat sulit dengan seorang wartawan, yang dikenal pasti sebagai Janice Tai dalam dokumen mahkamah, pada bulan Mei.

Polis menyatakan bahawa Cik Tai diberikan "amaran tegas" yang dipercayai atas kesalahan menerima maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Menurut dokumen mahkamah, Ng adalah seorang pengurus estet dalam bahagian operasi jualan semula divisyen pentadbiran estet dan hartanah HDB.

Pada bulan lalu, HDB memberitahu Mediacorp bahawa Ng digantung tugas sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai kes tersebut.

HDB menyatakan bahawa pihaknya akan menilai situasi itu dan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya, berdasarkan keputusan mahkamah.

HDB turut menyatakan bahawa ia memandang serius terhadap sebarang maklumat yang didedahkan tanpa diluluskan terlebih dahulu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan