Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai HDB antara 2 didakwa di bawah OSA; bocor maklumat periksa flat

Seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah antara dua lelaki yang didakwa pada Rabu (12 Mei) berhubung komunikasi yang tidak diluluskan mengenai pemeriksaan flat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai HDB antara 2 didakwa di bawah OSA; bocor maklumat periksa flat

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 12 May 2021 01:45PM Dikemas Kini : 12 May 2021 01:48PM

SINGAPURA: Seorang pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah antara dua lelaki yang didakwa pada Rabu (12 Mei) berhubung komunikasi yang tidak diluluskan mengenai pemeriksaan flat.

Kalayarasan Karuppaya adalah seorang eksekutif estet kanan dengan HDB semasa melakukan kesalahan-kesalahan itu, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Warga Singapura berusia 44 tahun itu dipercayai membocorkan maklumat mengenai pemeriksaan yang akan dijalankan oleh HDB ke atas sebuah unit kediaman di Kim Tian Road kepada Damandeep Singh, penyewa berdaftar unit tersebut.

Kalayarasan tidak dibenarkan untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada Damandeep, menurut CPIB. Dia melakukannya sebanyak tiga kali pada Mei, Ogos dan September 2019.

Damandeep, seorang warga India berusia 22 tahun, didakwa menerima maklumat itu sambil mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa hal itu disampaikan kepadanya dengan cara yang melanggar Akta Rahsia Rasmi, menurut CPIB.

Setiap lelaki itu berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan didenda hingga S$2,000 bagi setiap kesalahan.

"Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap rasuah dan kegiatan-kegiatan jenayah yang lain," tegas CPIB.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan