Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai dalam siasatan berhubung FHCB jalani penukaran tugas, bukan naik pangkat

Pelantikan bekas Penolong Pengarah Unit Strategik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjadi Pengarah Eksekutif dalam Khidmat Bersama Masjid-Madrasah-Wakaf (MMWSS), bukan suatu "kenaikan pangkat".

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai dalam siasatan berhubung FHCB jalani penukaran tugas, bukan naik pangkat

Gambar fail bangunan MUIS. (Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura/Facebook)

SINGAPURA: Pelantikan bekas Penolong Pengarah Unit Strategik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjadi Pengarah Eksekutif dalam Khidmat Bersama Masjid-Madrasah-Wakaf (MMWSS), bukan suatu "kenaikan pangkat". Ia sebaliknya merupakan sebahagian daripada penukaran tugas dan kerahan yang dilakukan ke atas kakitangan MUIS pada 2020.

Pada 2020, 23 peratus tenaga kerja MUIS menjalani pertukaran tugas seperti sama ada dikerahkan secara dalaman atau ke luar MUIS, menurut badan berkanun itu.

Penjelasan dari Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli itu dibuat sebagai jawapan bertulisnya kepada soalan parlimen dari Anggota Parlimen GRC Aljunied Faisal Manap. Anggota Parti Pekerja (WP) itu bertanya mengapa pelantikan tersebut dilakukan sedangkan pegawai terbabit sedang disiasat polis dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Siasatan dijalankan selepas laman Asia Sentinel menerbitkan laporan yang menuduh seorang pegawai tinggi dalam jabatan halal MUIS menyalah guna kuasanya dan mengamalkan rasuah untuk memilih atau menyingkirkan badan-badan pensijilan halal negara asing (FHCB).

"Ini sebahagian daripada rangka kerja pembangunan kerjaya MUIS yang menyokong keperluan organisasi. Pegawai berkenaan tidak dinaikkan pangkat apabila dia menerima jawatan dalam MMWSS," terang Encik Masagos.

Beliau kemudian mengulangi bahawa sebagaimana yang dihebahkan kepada media pada 15 Disember tahun lalu, MUIS sudah selesai melakukan siasatannya berhubung tuduhan salah laku mengenai proses pengiktirafan bagi FHCB.

Siasatan MUIS menunjukkan bahawa proses-proses pensijilan halal bagi badan-badan asing adalah munasabah dan pengiktirafan oleh para pegawai MUIS dijalankan secara "adil dan saksama".

"Dapatan itu juga disemak Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). Atas sikap bertanggungjawab dan telus, MUIS selanjutnya merujuk perkara itu kepada CPIB dan Polis bagi siasatan lanjut," tambahnya.

MUIS melakukan itu walaupun pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan bahawa pegawainya menyalahgunakan kuasa dalam menangani kes-kes FHCB.

Namun demikian menurut Encik Masagos lagi, MUIS akan membantu sepenuhnya siasatan CPIB dan pihak polis dalam hal ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan