Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai CNB cedera dalam "pergelutan ganas" dengan suspek; 93 diberkas

Sebanyak 93 individu yang disyaki pesalah dadah diberkas dalam operasi seluruh negara antara Isnin (26 Feb) hingga hari ini (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai CNB cedera dalam "pergelutan ganas" dengan suspek; 93 diberkas

Dadah yang dirampas semasa operasi dari 26 Feb hingga 2 Mac. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 08:45PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 08:49PM

SINGAPURA: Sebanyak 93 individu yang disyaki pesalah dadah diberkas dalam operasi seluruh negara antara Isnin (26 Feb) hingga hari ini (2 Mac).

Dalam operasi lima hari ini, seorang pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) cedera dalam satu "pergelutan ganas" dengan salah seorang suspek.

Menurut CNB dalam satu kenyataan media hari ini, pegawai berkenaan mengalami kecederaan pada wajahnya semasa menangkap seorang suspek rakyat Singapura berusia 59 tahun. Suspek berkenaan, yang disyaki pengedar dadah ditangkap di rumahnya di Wellington Circle hari Rabu lalu (28 Feb).

Seorang lelaki berusia 58 tahun dan serorang wanita, 46 tahun, kedua-duanya disyaki pesalah dadah, juga diberkas di rumah itu.

Sebanyak 1 gram dadah Ice (methamphetamine), 51 gram heroin, empat buprenorphine, alat menghisap dadah dan wang tunai lebih $6,570 dijumpai di kediaman itu.

Operasi di seluruh negara yang disokong oleh polis, meliputi beberapa kawasan termasuk Boon Lay, Bukit Batok, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Clementi, Joo Chiat, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun.

Menurut CNB daripada 93 orang yang diberkas, 17 disyaki adalah pengedar dadah.

Secara keseluruhan, sekitar 96 gram Ice, 914 gram heroin, 202 gram kanabis, 20 pil Ecstacy, 2 gram ketamine, 118 pil Yaba (methamphetamine) dan dua botol Asid Gamma-hidroksibutirik dirampas dalam operasi itu.

Semuanya dianggarkan bernilai lebih $82,000, menurut CNB.

Siasatan ke atas kegiatan-kegiatan dadah suspek-suspek yang diberkas masih dijalankan, menurut CNB.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan