Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai Certis CISCO digantung tugas tendang penunggang PMD di Bedok

Menerusi rakaman video dari dalam sebuah kereta itu, insiden tersebut berlaku di persimpangan Jalan Bedok Reservoir Road hampir pukul 7.00 malam semalam (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pegawai Certis CISCO digantung tugas setelah dia didapati menendang seorang penunggang alat mobiliti peribadi di Bedok pada Selasa (10 Dis).

Menerusi rakaman video dari dalam sebuah kereta itu, insiden tersebut berlaku di persimpangan Jalan Bedok Reservoir Road hampir pukul 7.00 malam semalam (10 Dis).

Video itu menunjukkan dua pegawai penguat kuasa yang berada di tempat menyeberang jalan semasa lampu merah bagi kenderaan.

Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat berlari lalu menendang seorang penunggang PMD, menyebabkan individu itu terjatuh ke tepi jalan raya.

Penunggang e-skuter itu dilihat datang dari lorong kanan jalan raya sebelum menukar laluan ke lorong kiri. Namun tidak memperlahankan mahupun memberhentikan alat PMDnya walaupun pegawai sudah berada di depan matanya.

Dia kemudian dilihat tercampak ke tepi jalan raya sebelum pegawai berkenaan dan lagi tiga pegawai lain bergegas ke arahnya.

Sebahagian komen di laman Facebook SG Road Vigilante - SGRV memuji tindakan pantas pegawai tersebut.

(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante - SGRV)

Manakala sebahagian yang lain pula tidak bersetuju dengan tindakan pegawai itu kerana ia terlampau drastik dan membahayakan nyawa penunggang PMD berkenaan.

(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante - SGRV)

Penggunaan e-skuter mula diharamkan di semua laluan pejalan kaki sejak 5 November lalu. Ia hanya dibenarkan di laluan berbasikal dan rangkaian penghubung taman.

E-skuter juga tidak boleh digunakan di jalan-jalan raya.

Para penunggang yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan denda sehingga S$2,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga bulan. 

LAPORAN LAIN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan