Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai awam dapat akses Internet selamat gunakan komputer riba mulai November

Pemerintah akan melaksanakan pelayaran Internet secara selamat bagi para pegawai awam yang layak mulai 2 Nov, yang membolehkan mereka untuk mengakses Internet menggunakan komputer riba pejabat dengan cara yang selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2020 02:45PM Dikemas Kini : 15 Oct 2020 09:06PM

SINGAPURA: Pemerintah akan melaksanakan pelayaran Internet secara selamat bagi para pegawai awam yang layak mulai 2 Nov, yang membolehkan mereka untuk mengakses Internet menggunakan komputer riba pejabat dengan cara yang selamat.

Sekitar 108,000 atau lebih daripada 80 peratus pegawai awam akan beralih ke wadah baru itu, menurut Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) serta Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) pada Khamis (15 Okt).

Peningkatan itu akan membantu menambah baik pengalaman pengguna dan daya pengeluaran para kakitangan awam di samping menggalakkan ruang tempat kerja digital yang selamat, menurut kedua-dua agensi itu dalam satu kenyataan media.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memajukan proses perubahan digital dalam sektor awam," tambahnya.

Namun, para pegawai yang mengendalikan maklumat sulit akan terus menggunakan alat berasingan untuk mengakses Internet. Ini bagi melindungi sebarang data yang sulit, menurut kedua-dua agensi tersebut.

KEPERLUAN PEGAWAI AWAM YANG BERUBAH-UBAH

Para pegawai awam yang menggunakan wadah pelayaran Internet secara selamat itu akan dapat melungsuri dan memuat turun kandungan daripada Internet; membuka pautan secara langsung daripada e-mel dan dokumen Outlook; log masuk dan membaca kandungan di media sosial dan membuat kiriman mengandungi teks sahaja; serta memuat naik fail di laman yang diluluskan seperti laman web gov.sg.

Muat naik fail hanya dibenarkan bagi laman web yang diluluskan bagi mengurangkan risiko berlaku "pengelupasan data oleh para penggodam" menggunakan ciri muat naik untuk menghantarkan data ke laman yang tidak diiktiraf, menurut agensi-agensi berkenaan.

Wadah itu diupayakan menggunakan teknologi pelayaran dari jarak jauh, yang berfungsi dengan membuka kandungan Internet dalam sebuah bekas maya yang khusus dan hanya memaparkan kandungan yang selamat kepada pengguna, jelas SNDGO dan GovTech.

Namun, teknologi pelungsuran dari jarak jauh tidak menyokong persidangan video berasaskan Internet kerana ia tidak berinteraksi dengan bahagian perkakasan yang dimasukkan ke dalam komputer riba seperti mikrofon dan kamera, tambahnya.

Pengasingan Pelungsuran Internet (ISS) pertama kali dilancarkan pada 2016 dan "dilaksanakan sepenuhnya" dalam perkhidmatan awam pada 2017.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan